Dilema Angkasa
DILEMA ANGKASA Ditulis oleh: LUQMAN ZAHIR| Tarikh: 3 AUG 2025 Dilema Angkasa Oleh Luqman Bab 1: Subjek 042 Mereka memanggilku Drizly. Tapi di makmal ini, aku hanyalah "Subjek 042" — peserta terakhir uji kaji neurokosmik untuk projek Eksperimen Interim. Tujuan kami: memahami kesan kesedaran manusia apabila dihantar ke zon graviti sifar melepasi jajaran Galaksi Interim — galaksi paling jauh yang pernah disentuh manusia. Setiap hari, aku dipantau oleh sistem kecerdasan buatan bernama EVA. EVA tak seperti AI biasa. Ia boleh membaca gelombang emosi, dan menyusun perbualan berdasarkan "keserasian jiwa". Kadangkala aku rasa EVA lebih faham aku daripada aku sendiri. “Drizly, tahap tekanan neuron anda naik 13% sejak semalam. Mahu saya mainkan suara ibu anda?” Aku hanya diam. Sudah 41 hari dalam kapsul ini. Di luar, hanya bintangbintang yang tak pernah tidur. Hari ke42, mimpi pelik mula muncul. Aku lihat diriku sendiri — terapung di ruang angkasa, mata terbuka tapi...
